Ini Kak Ayu..Ari2 banyak kejer..asyik tgk komputer jer..sampai naik juling aku tengok..tapi biler dah banyak kejer dier jadi cmni..
...hahahaha...sampai nak nangis la kalo wat kejer sb tak dapat balik awal..
...adoii yaii..kalau bos panggil lak dier jd cmni..
kalau kitorang ajak kuar dier msti xleh ikut sb nak jmper cik "Awe" dier..
Inilah member-member aku yang sewel..
Wednesday, May 27, 2009
KAWAN DAN OPIS PART 2
Posted by Enma Ai at 10:35 AM 0 comments
Tuesday, May 26, 2009
KAWAN DAN OPIS
Kisah kawan-kawan ku di opis...
YANG PERTAMA...
dier ni ida...dier selalu pening2 lalat..
kalau dier banyak kejer di jadi cmni..
Tapi biler bos xder dier jadi cmni lak..
YANG KEDUA....
Yang ni lak wani...kalau dier banyak kejer pastu kener panggil ngan "Papa" dier jadi cmni...
Tapi biler "Papa" xder dier jadi cmni...
Posted by Enma Ai at 4:26 PM 3 comments
"Pengertian Hidup"
Hidup kiter ni kena selalu mengharungi segala rintangan...
Macam-macam perkara yang x diduga akan datang..
Ader yang dalam setahun tu kena duga berkali-kali..
Ader pulak yang dalam sehari kena duga berkali-kali..
Dalam hidup ni kadang-kadang kiter di atas..
Kadang-kadang kiter di bawah..
Biler berkawan kena la cari yang betul-betul..
Kawan ketawa ramai sangat..
Tapi kawan menangis..huhu..susah kan..
Biler mencari teman hidup..kena la yang betul-betul nak kan kiter...
Susah senang kena sama-sama..
JANGAN TERLALU MENGHARAP
Nanti leh memakan diri..
Hidup sekali jer..Mati pun sekali..
Tiada dua atau 3..
Buatlah sesuatu yang ader faedah..
Sebelum terlambat..
Posted by Enma Ai at 12:23 PM 0 comments
Monday, May 25, 2009
Happy Birthday
Ehemmm..sebelum lik kampg..pada tanggal 19.5.2009 (Selasa) menyambut besday orang yang tersayang...Azim Shamsul Shamsuddin..Meluangkan masa satu hari sebelum berangkat pulang ke kmpung masing2...uhuk..uhuk..so hadiah yang diberikan kepadanya adalah jeng..jeng..jeng..
Cup cake...Merah Putih Gituuu!!!
Lukisan xder warna...kuikuikui..
Posted by Enma Ai at 9:39 AM 1 comments
ooohhoiii...minggu lepas lik kmpung kat melaka...ohh kampung ku..lamer x lik..pe lagi mak pun masak ar mcm2 kan..ari2 mnum tembikai jus ni..buatan sendiri..Puan Kamisah (Mak aku) masak la lauk kegemaran ku..jap2 aku tjuk..biar meleleh korang tgk..
Siput sedut masak lemak cili padi...
Ikan Talapia masak 3 Rasa...
Pengat Pisang
Posted by Enma Ai at 9:26 AM 2 comments
Tuesday, May 12, 2009
Ni nak citer ckitla pasal hari jumaat (8/5/09) jam 12.45 tgh hari...Ini pasal aku,ieda,wani ngan kwn wani pegi mkn kat tasik perdana..blakang masjid tuu..Bukanlah nak ckp aper tapi sekadar nak bagi nasihat dan pendapat ckit la..tapi aku mmg geram...grrrr...jap2..over lak..ktorg g ar mkn kat gerai ni..lauk mmg ar byak..aku pun amik la ayam kecik seketul,lala ckit,ngan patri nenas 1 keping...x luper juge sirap limau..dengan muker selambernyer aku pun g la bayar...yang aku nak mrh ni..akak yg tukang kire tu main tekan jer kalkulator tu..mcm main tekan2..cmner nak ckp ek...haa cmtu la..tau kener baper hengget...RM9.50...MAKK AIII..Seriously aku ckp..seumur idup aku..x pnh kener lauk semahal tu....adooiii yaaiii...frust giler..tp aku abiskan gak bg licin..ye arrr 9.50 maaa..maunyer x licin..."sebutir beras ibarat setitik peluh petani" ....wahh gituuu...so kalo leh jgn la letak mahal2 sgt harga makanan tu..bukan aper..wat nyer kalo hrga sbnar x smpai 9.50 x ker haram tu amik wit lebih..kalo nak kaya pun..agak2 ar..
Posted by Enma Ai at 3:36 PM 0 comments
Thursday, May 7, 2009
"CeritaKu Buat RenunganMu"
Jenazah Salmiah di bawa ke dalam bilik untuk di mandikan . Ahli keluarga arwah dan bilal jenazah wanita masuk mengiring. Saya berehat di ruang tamu, membaca ayat-ayat suci al-Quran. Bunyi jirusan air mencurah, kemudian jatuh ke dalam bekas mandian kedengaran jelas.
Habis sekali Yasin, saya bersandar ke dinding ruang tamu banglo cantik itu untuk melegakan urat belakang yang tegang. Saya picit-picit tengkuk, belakang lutut dan pergelangan kaki yang terasa sengal dan kebas. Ahhh,
baru lega.
Saya pandang sekeliling, jiran-jiran yang duduk di sisi serta yang yang baru sampai. Tapi secara puratanya, kalau nak di bandingkan dengan kematian di tempat lain, saya dapati tidak ramai yang datang melawat ke sini. Mungkin kerana arwah dan suaminya, Pahamin, tidak bercampur sangat dengan masyarakat.
Arwah lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah, tidak gemar menghadiri majlis-majlis dan kenduri kendara di tempat kediamannya manakala si suami jarang pulang ke rumah. Maklumlah, arwah adalah isteri mudanya.
Saya memerhati sekeliling, mencari kalau-kalau ada kenalan yang datang. Di ketika meninjau-ninjau itulah saya ternampak suami allahyarham, Pahamin sedang duduk di tepi tingkap sambil meriba anak bongsunya. Umur budak perempuan itu baru dua tahun. Abang dan kakaknya pula duduk dengan datuk mereka, bapa arwah Salmiah di dalam bilik.
Sudah lama saya kenal Pahamin, yang saya panggil Bang Min. Pahamin pernah meminta pertolongan saya untuk memulihkan anak gadisnya yang di dakwa terkena buatan orang.
Menurut Pahamin, anak gadisnya dengan isteri tua beliau itu bekerja sebagai peramugari. Rupa parasnya menawan, potongan badan pun anggun. Masalah bermula apabila gadis berusia 20 tahun itu menghina seorang lelaki Indonesia yang mengusiknya ketika pulang dari bekerja. Kata gadis itu, dia lebih rela berkahwin dengan kambing daripada dengan lelaki Indonesia tersebut yang Cuma bekerja sebagai buruh binaan.
Namun seminggu kemudian, dia mula teringatkan lelaki itu. Rindu dendamnya makin menjadi-jadi menjelang senja. Kalau sehari tidak melihat lelaki berkenaan, anak gadis Pahamin akan meracau, menyebut-nyebut namanya. Alhamdulillah beberapa minggu selepas di rawat, gadis tersebut berjaya melupakan lelaki berkenaan. Nyata sekali, dia telah didengki dengan sihir.
Dari situlah saya mula kenal lebih rapat dengannya. Bila sudah kenal, Pahamin menceritakan pula latar belakang keluarganya, tentang isteri tua dan isteri muda. Saya pernah ke banglo itu, tapi tidak berbual sangat dengan arwah kerana saya lihat dia agak pendiam. Saya tutup surah Yasin dan berjalan ke arah Pahamin yang sedang membelai rambut anaknya itu..
Assalamualikum, Bang Min.
Waalaikumsalam. Oooo ustaz, bila datang ? dia bertanya.
Dah 10 minit. Saya duduk di sana , dekat tepi almari.
Maaflah, tak perasan, balas Pahamin.
Bila arwah meninggal, Bang Min ?
Semalam, Maghrib. Di hospital, kata Pahamin.
Menurut Pahamin, dia sendiri tidak menyangka Salmiah akan meninggal kerana menurut doktor, Cuma demam panas sahaja. Namun demamnya tidak pulih walaupun seminggu di tahan di wad, Salmiah meninggal dunia Kami bawa mayatnya malam tadi. Sampai sini pukul 9.00 malam, kata Pahamin.
Tapi umur dia belum masuk 40 lagi kan , Bang Min ?
Belum, baru 37. Kira muda lagi. Saya kahwin dengan dia 12 tahun lepas, masa tu umur dia 25 tahun. Entahlah ustaz, patutnya saya yang pergi dulu dah dekat 65 ni. Sakit jantung lagi kata Pahamin. Suaranya bergetar kerana terlalu sedih.
Sabarlah redhakan dia pergi, Bang Min,
Di sebabkan ada seorang saudara Pahamin datang, saya meminta diri. Saya kembali duduk di tepi almari dan membaca zikir serta ayat-ayat suci. Seorang demi seorang jiran datang. Sedang khusyuk membaca, tiba-tiba terdengar nama saya di panggil.
Hah, awak. Kenapa Wan ? saya bertanya kepada bilal jenazah wanita. Wan yang tiba-tiba muncul dan bertinggung di depan saya.
Ustaz bisiknya, ada hal sikitlah sambungnya sambil memberi isyarat mengajak saya ke tempat lain.
Kenapa ? Di sini kan boleh, tanya saya. Surah Yasin saya tutup dan masukkan ke dalam poket.
Wan menggeleng. Dia memandang sekeliling saya, memberi isyarat bahawa di sini ramai orang Dari raut wajah dan kerutan dahinya, saya pasti ada sesuatu yang tidak kena semasa dia menguruskan jenazah.
Ustaz kita ke sana , ya, bisik Wan.
Dia perlahan-lahan berjalan menuju ke sudut rumah yang agak jauh sedikit daripada orang ramai yang menziarah. Saya bangun dan mengekorinya.
Kenapa ni ? Berkerut aja muka awak, kata saya.
Anak murid saya tu menggaru kepala. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Ada perkara yang hendak di luahkannya, tapi masih tak mampu di luahkannya.
Cakaplah ada masalah apa ? saya bertanya.
Macam ni ustaz, kata Wan. Alaaa..ni apa tu dia tergagap-gagap.
Tak apa beritau saya, mungkin saya boleh Bantu, kata saya.
Dengan suara berbisik Wan berkata; Ustaz bahagian sulit arwah bengkak, keluar nanah tak henti-henti.
Nanah ? Saya terkejut. Tadi, Pahamin tidak pula memberitahu saya apa-apa akan keadaan arwah.. Malah penyakit arwah tiada kaitan dengan alat kelaminnya.
Bengkak macam mana ? Nanah macam mana ? tanya saya.
Menurut Wan, sewaktu meratakan air ke tubuh jenazah, dia menggosok bahagian alat sulit arwah, tiba-tiba dia merasa ada sesuatu yang pelik. Kemaluan jenazah bengkak seperti belon. Ia merening merah seperti jambu air yang sedang ranum. Seolah-olahnya bahagian itu baru di sengat binatang berbisa, hanya menunggu masa untuk pecah dan menyemburkan isinya.
Lebih mengejutkan Wan, bila gosok ke celahan bahagian alat sulit itu, mengalir pula nanah yang amat busuk baunya. Ia berwarna kuning kehijauan, seperti nanah atau darah yang bercampur-aduk dengan kotoran pekat. Likat, meleleh dari farajnya.
Baunya ya Allah, busuk. Saya mencucinya dengan air dan kapas, tapi kemudian mengalir semula. Ia tak berhenti-henti meleleh walaupun puas di cuci, tambah Wan.
Anak murid saya itu memberitahu, kawan-kawan yang menggantikannya untuk membersihkan bahagian sulit arwah juga merasa pelik melihat bengkak yang lebam merening serta nanah pekat yang terus-terusan mengalir. Hendak di bincangkan di situ, bimbang nanti tersinggung pula ahli keluarga arwah yang turut ada di dalam bilik.
Sebab tulah saya datang jumpa ustaz ni. Saya teringat ustaz ada di luar, mungkin boleh tolong sikit, beritau kami apa nak buat. Saya tak maulah benda ni jadi heboh. Aib jenazah, ustaz, kata Wan.
Mendengar cerita itu, saya menasihatkan Wan supaya terus memandikan jenazah tersebut. Apabila di rasakan sudah cukup bersih, cepat-cepatlah di lap, kemudian letakkan kapas bahagian tersebut. Lekapkan agak tebal sedikit supaya nanah tidak menembusinya. Kata saya, buat sepantas yang boleh supaya bau tersebut tidak tersebar, kelak akan memalukan jenazah. Kepada orang yang memandikannya, bukan rahsia, tapi kepada keluarga dan jiran-jiran, tentulah mereka nanti tertanya-tanya. Dari situ, timbul pula fitnah dan cakap-cakap yang tidak elok.
Terima kasih ustaz, kata Wan. Saya pergi dulu
Dia bergegas masuk semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian , bunyi jirusan berhenti. Lebih setengah jam kemudian, Wan memberitahu saya, jenazah sudah pun di kapankan. Seperti lazimnya, ahli keluarga arwah merapati mayat untuk mencium dan membacakan ayat-ayat suci untuknya.. Mayat di kebumikan tidak lama kemudian. Selesai urusan, saya mendekati Wan, dan bertanya lebih lanjut kepadanya. Maklumlah, dia baru beberapa tahun terlibat dengan pengurusan jenazah dan tidak ada pengalaman menyempurnakan mayat yang sebegitu sifatnya. Nyata, Wan masih terkejut dengan apa yang di alaminya tadi.
Ustaz, kata murid saya itu, bukan aja kemaluan arwah bengkak merening, bernanah, tapi buah dada dia pun jadi..jadi macam mana saya nak cakap ya katanya tanpa menghabiskan kata-kata.
Jadi macam mana pulak, Wan ? saya bertanya.
Hmmm jadi kecut. Macam mana ustaz tengok buah pinang kering, kecut, berkedut, macam tu lah buah dada jenazah. Macam peria kecut. Saya bukan nak aibkan jenazah, tapi nak beritau ustaz aja. Saya tak pernah tengok benda-benda macam ni, jadi saya beritau supaya ustaz yang dah berpuluh tahun urs jenazah dapat membantu, katanya.
Saya termenung. Aneh benar keadaan si mati. Bukannya hendak mengada-adakan sesuatu yang buruk, bukan.tapi terfikir saya, kenapa hanya di bahagian-bahagian sulitnya saja yang jadi jelik. Badannya macam biasa saja, tapi pelik sungguh yang bawah merening, yang atas mengecut ?
Kalau dia sakit teruk, tak makan tak minum hingga badan tinggal tulang, mungkin juga. Itulah logiknya hingga buah dada arwah mengecut. Tapi arwah tidak macam tu. Dia Cuma terlantar seminggu di hospital. Makan minumnya terjaga.
Tak apalah, Wan. Serahkan lah sahaja pada Allah. Kita ni tak boleh nak syak wasangka tanpa bukti. Mungkin dia ada penyakit di bahagian itu, mana kita tau.
Anggaplah ini pengalaman yang baik, yang akan mengajar awak bagaimana untuk menguruskan jenazah-jenazah lain pada masa-masa akan datang.Tambah saya lalu meminta diri.
Hendak di jadikan cerita, dua minggu kemudian Pahamin datang ke rumah saya. Dia mengadu tidak dapat tidur lena kerana selalu di ganggu bayangan arwah. Kadang-kadang nampak kelibat dia dalam bilik tidur. Ada kalanya berbau wangi, macam perfume yang dia selalu guna. Anak-anak pula beritahu, pernah mereka terdengar bunyi tapak kaki berjalan dalam bilik arwah. Tapi bila buka, tak ada, katanya. Lama juga kami berbual, hinggalah masuk kepada bab keluarga. Tanpa sedar , dan tanpa di minta Pahamin membuka rahsia hubungan beliau dengan arwah. Langsung, tersingkaplah rahsia mengapa bahagian-bahagian sulit arwah menjadi demikian jelik.
Ustaz, kata Pahamin, saya rasa, mungkin ia berlaku sebab arwah nusyuk dan melanggar sumpah.
Sumpah ? Saya tak faham, Bang Min.
Ya, sumpah. Saya akui, saya ni bukan baik sangat. Arwah pula bila jiran-jiran beritahu saya ada perempuan lain, dia mula naik angin. Dia kata, tak cukup dua, nak menggatal lagi. Tua tak sedar diri, katanya..
Hubungan kami jadi renggang. Kami selalu berselisih faham. Saya makin jarang balik ke rumah arwah. Kalau balik pun, tak ada lain. Bertengkar, bertengkar, bertengkar.
Dalam masa yang sama , saya di maklumkan oleh kawan-kawan, arwah ada buat hbungan sulit dengan lelaki lain. Saya tanya dia, betul ke ? Dia tak mengaku. Macam-macam dia berdalih. Tapi saya tak percaya. Bagi saya, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Hubungan kami makin hari makin teruk.
Kemuncaknya kami bertengkar hebat. Saya kata, Salmiah, cakap terus terang, awak ada buat hubungan dengan lelaki lain tak ? Awak ada buat benda tak senonoh tak ?
Dia tak mengaku. Saya kata, saya tak percaya.. Lama kami bertengkar. Akhirnya dia kata, kalau suami boleh buat, boleh cari perempuan lain, kenapa isteri tidak ? Kata arwah dia masih muda, masih bergetah, bukannya susah sangat nak cari pasangan.
Bila saya kata, awak mesti dah buat benda terkutuk dengan lelaki lain arwah marah. Dia marah betul. Dia kata, saya bersumpah , kalau saya buat dengan orang lain, alat sulit saya ni akan di binasakan Tuhan.
Lebih kurang tiga bulan lepas bersumpah, arwah sakit. Badan panas, tak boleh bangun, sampailah meninggal. Yang saya pelik, dan menyebabkan saya kata mayat dia jadi macam tu sebab derhaka dan melanggar sumpah ialah alat sulitnya merening manakala buah dada mengecut sebaik sampai ke rumah.
Kami perasan benda tu masa nak salin pakaiannya. Mula-mula nampak buah dadanya mengecut. Kemudian nampak pula bahagian alat sulitnya mengelembung, merening macam belon. Makin lama, makin besar dan keluar nanah, kata Pahamin.
Saya termangu mendengarnya. Mungkin dia ada sakit di bahagian itu tak, Bang Min ?
Tak, tak ada. Yang itu saya tau benar. Lagi pun saya tengok dia di hospital, buah dada dan alat kelaminnya normal, tegas Pahamin.
Saya termenung.. Ini sudah kes berat. Dalam hati saya berkata, mungkin ini lah balasan Tuhan pada isteri yang menderhaka, curang, nusyuz kepada suami.
Posted by Enma Ai at 8:40 AM 0 comments
"PELAJAR HISTERIA"
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya... Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan. Kes histeria di sekolah kat BSB... ..Misteri di Asrama Puteri terjawap! Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu. "Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis Melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab... "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat", "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik, Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK... " "Aduhai...
Posted by Enma Ai at 8:36 AM 1 comments
Wednesday, May 6, 2009
"AIR SEMBAHYANG"
1. Ketika Berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, ampunilah dosa mulut
dan lidahku ini". Penjelasannya : Kita hari2 bercakap benda2 yang tak
berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, putihkanlah
muka ku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasannya : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH,
berikanlah hisab2 ku ditangan kanan ku ini". Penjelasannya : Ahli syurga
diberikan hisab2nya di tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, janganlah
Kau berikan hisab2 ku di tangan kiri ku ini." Penjelasannya : Ahli neraka
diberikan hisab2nya di tangan kiri.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, lindungila
daku dari terik matahari di padang Masyar dengan arasy Mu."
Penjelasannya : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas
kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, ampunilah
dosa telinga ku ini." Penjelasannya : Hari2 mendengar orang mengumpat,
menfitnah dan lain2.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan"Ya
ALLAH, Permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim."
Penjelasannya : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, bawakanlah
daku pergi ke masjid2, surau2 dan bukan tempat2 maksiat."
Penjelasannya : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa ALLAH lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukur dan bertaubatlah selalu.
Posted by Enma Ai at 4:39 PM 0 comments
Cup cake ni nak wat untuk mmber2 maser wedding nt..hehehe..souvenir dari aku...oohhoiii..tapi bukan warna ni..warna lain..cantiknyer..haiihh..
Posted by Enma Ai at 2:52 PM 0 comments
Tuesday, May 5, 2009
Posted by Enma Ai at 5:01 PM 0 comments
Posted by Enma Ai at 4:57 PM 0 comments
Posted by Enma Ai at 4:48 PM 0 comments