"AIR SEMBAHYANG"
1. Ketika Berkumur, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, ampunilah dosa mulut
dan lidahku ini". Penjelasannya : Kita hari2 bercakap benda2 yang tak
berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, putihkanlah
muka ku di akhirat kelak, janganlah kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasannya : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH,
berikanlah hisab2 ku ditangan kanan ku ini". Penjelasannya : Ahli syurga
diberikan hisab2nya di tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, janganlah
Kau berikan hisab2 ku di tangan kiri ku ini." Penjelasannya : Ahli neraka
diberikan hisab2nya di tangan kiri.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, lindungila
daku dari terik matahari di padang Masyar dengan arasy Mu."
Penjelasannya : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas
kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, ampunilah
dosa telinga ku ini." Penjelasannya : Hari2 mendengar orang mengumpat,
menfitnah dan lain2.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan"Ya
ALLAH, Permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim."
Penjelasannya : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan "Ya ALLAH, bawakanlah
daku pergi ke masjid2, surau2 dan bukan tempat2 maksiat."
Penjelasannya : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa ALLAH lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukur dan bertaubatlah selalu.
Wednesday, May 6, 2009
Posted by Enma Ai at 4:39 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment